Selalu sangat bila aku kata begini, ramai yang memandang sinis, menempelak dengan kata-kata bersandarkan hadis mahupun yang sekadar suka nak menasihatkan orang.
Hidup kena memandang ke hadapan? tak juga, aku pandang semua arah, cuma sekarang dah tak muda lagi, jadi aku harus fikir arah dan masa depan aku. Oleh kerana aku seorang diri, single, belum berkahwin dan yang sewaktu dengannya waktu ini. Tentulah aku perlu merancang cara hidup sendiri. Sendiri dan semuanya sekitar perkara stay alone hapily.
Memilih sangat....
Ya, aku memilih. Tapi bukan suka-suka nak pilih. Tapi, aku perlukan seorang yang benar-benar menyayangi aku, mendengar bila aku bercakap, memayungi bila aku perlu naungan, membimbing bila aku tempang... bukan sekadar memenuhi keperluan hidup 'berpasangan' sahaja. Bukan supaya orang tak mengata aku ni andartu, fitnah keluarga dan sebagainya.
Tak Faham... tak ada siapa akan faham, kerana aku sendiri pun tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata dan tulisan. Andai bukan terkena sihir pun. Aku adalah orang yang sangat serius, tidak mahu benda yang rumit apatah lagi sesuatu yang bakal melukakan hati. Biar tubuh perkasa bak badang, tapi hati selembut dadih ini memang tak mampu bertahan.
Apa guna ramai hubungan, andai tiada satu pun yang menyayangi dan peduli... Cinta mungkin indah, namun kelukaan akibatnya bagai lubang hitam yang menyedut semua bintang di langit. Sedang hubungan pula cuma kelihatan waktu kau senang. Jika begitu, biarlah tiada...
0 comments:
Post a Comment